Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Lebih Banyak Video Trailer Anthem Oleh Bioware Kelak

34

IP baharu Bioware, Anthem, telah dimaklumkan oleh EA bahawa mereka akan menunjukkan lebih banyak sedutan video gameplay pada acara EA Play, sebuah acara tersendiri oleh EA pada persidangan E3 kelak. Mengikut dari artikel dari laman web rasmi EA, Bioware akan mempamerkan video gameplay yang lebih memfokuskan kepada perlawanan, pengembaraan terbang dan juga pengumpulan loot. Malah, video trailer baharu ini akan memaparkan lebih banyak jalan cerita mengenai permainan baharu ini.

Selain dari itu, Bioware juga telah siap sedia untuk menceritakan mengenai produksi permainan tersebut disertai dengan konsep seni oleh Pengurus Besar Bioware, Casey Hudson, Penerbit Eksekutif, Mark Darrah dan juga Cathleen Rootsaert, selaku Ketua Penulis.

EA Play akan diadakan pada 10hb Jun, 2AM mengikut waktu Malaysia.

Anthem adalah sebuah permainan video kritikal untuk Bioware selepas permainan Mass Effect Andromeda mereka yang gagal mendapat hati peminat. Ianya akan dipasarkan pada awal tahun 2019.

Sumber: EA melalui Push Square