Kandungan dan kemaskini yang agak besar akan hadir kepada permainan mudah alih Pokemon GO kelak, melalui sumber GamesRadar.
Mengikut laman web rasmi, lebih dari 80 Pokemon akan ditambah berdasarkan permainan Pokemon Gold and Silver, seperti Chikorita, Cyndaquil dan Totodile. Selain dari penambahan spesis Pokemon, pelbagai kandungan baharu juga akan diberikan. Salah satunya adalah tingkah laku Pokemon liar akan berubah semasa pemain ingin menangkap mereka.
Berries juga ditambah dan boleh didapati dari mana-mana Pokestop. Dari Nanab Berry dimana memperlahankan pergerakan Pokemon untuk memudahkan penangkapan sehinggalah Pinap Berry yang mengandakan kuantiti Candy selepas penangkapan.
Pemain juga boleh menukar reka bentuk karakter melalui set avatar baharu yang juga akan diberikan.
Walaupun di Malaysia, impak permainan mudah alih Pokemon GO ini tidaklah seperti dahulu, namun inisiatif dengan kemaskini yang agak kerap dari Niantic amat dihargai.
Kemaskini: Beberapa pengguna telahpun mendapat kemaskini ini.