fbpx

Legends of Callasia – Sebuah game Turn-Based Dari Singapura

Jikalau anda meminati game turn-based seperti Civilization, Crusader Kings mahupun Heroes of Might, maka Legends of Callasia adalah salah satu game yang mempunyai konsep hampir sama dengan beberapa keunikannya tersendiri.

Game yang dibina oleh Boomzap Entertainment, sebuah studio yang terletak di Singapura yang telahpun membina pelbagai jenis game dari platform PC sehingga Android dan IOS.

Pemain boleh bermain Legends of Callasia secara single player ataupun multiplayer. Dengan tiga puak diberikan seperti The Hundred Kingdoms (Manusia dengan puaknya), The Faerborne (Jenis kaum dari kawasan hutan dan pergunungan) dan juga The Revenant.

Legends of Callasia

Game ini masih lagi didalam pembikinan dengan memerlukan dana dari orang ramai. Dana yang perlu dicapai adalah sebanyak USD $25,000. Anda boleh undi atau memberikan dana melalui Steam Greenlight atau KickStarter.

Kami kini mendapat peluang untuk mencuba game ini didalam versi Beta. Nantikannya artikel seterusnya tentang pendapat kami tentang game ini di GamerMalaya.my.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -