fbpx

Legends Of Runeterra Membawakan Kandungan Rising Tides Semasa Pelancaran

Permainan kad secara digital oleh Riot Games, Legends Of Runeterra kini telah dilancarkan secara rasmi selepas sekian lama didalam status beta. Dan beserta dengan pelancaran, kandungan tambahan pertama untuk permainan ini juga turut hadir, iaitu Rising Tides.

Rising Tides akan membawa kawasan baharu Bilgewater. Konsep permainan dikawasan ini lebih kepada melawan musuh bertubi-tubi.

Tambahannya, Rising Tides akan menambah 120 kad baharu (60 darinya adalah untuk Bilgewater), 11 Champions baharu (Miss Fortune, Fizz, Gangplank, Twisted Fate, Swain, Quinn, dan banyak lagi) dan juga enam kata kunci baharu, untuk menambahkan mekanik baharu didalam permainan kad ini.

Akhirnya, beberapa barangan kosmetik juga ditambah. Dua Guardians baharu (Baley, Powder Monkey), 10 emosi baharu, dan 10 kad dan Slaughter Docks (papan dek yang bertemakan Bilgewater) juga diberi.

Legends Of Runterra boleh dimuat turun untuk PC, iOS dan Android, dan ianya menyokong rentas-platform.

Berkaitan

- Iklan -

Komen