Ah, satu lagi koleksi permainan khusus Lego yang bergabung dengan filem blokbuster Hollywood untuk pemain semua. TT Fusion, pasukan pemaju yang kebiasaannya terlibat didalam projek sebegini kembali dengan Lego The Incredibles, yang dimana ianya diadaptasikan dari kedua-dua filem The Incredibles 2 dan siri pertama pada tahun 2004.
Walaupun kami mempunyai perasaan bercampur dengan kualiti kerja TT Fusion sebelum ini dengan permainan video The Lego Ninjago, semestinya Lego The Incredibles adalah sebuah inisiatif besar bagi mereka. Mahupun kami bermain permainan ini sebelum menonton filemnya, ternyata ianya masih lagi menyeronokkan.
Penyampaian (Grafik & Audio)
Seperti yang dijangka, kesemua karakter filem superhero dari Pixar ini berada didalam bentuk Lego. Namun bukan semua karakter didalam bentuk “petak” yang kebiasaannya kita lihat didalam mana-mana siri Lego, kerana karakter Mr. Incredible khusunya lebih kepada reka bentuk yang agak sado namun maaih mengekalkan reka bentuk Lego.
Pengalaman pengguna seperti menu dan lagu latar belakang dibawakan dengan baik.
Salah satu perkara yang kami tidak menyukai dari Ninjago adalah betapa tidak stabilnya permainan tersebut seperti isu framerate yang tidak lancar. Namun untuk permainan ini, kami sukacita untuk melaporkan maslaah tersebut tidak akan dihadapi pada Lego The Incredibles, mungkin ada sikit akan tetapi tidak ketara.
Rupa paras permainan ini semestinya cantik, dan pemain diberi kandungan dunia terbuka selain dari story mode yang mempunyai kitaran siang / malam dengan lautan yang boleh diterokai. Namun untu konsol PS4 biasa, ternyata banyak kompromi kepada pemain, seperti prestasi 30fps, jarak penglihatan hang amat pendek, kesan bayangan yang buruk dan kualiti sisi yang kabur.
Namun kami faham, untuk mengekalkan kualiti dengan pengalaman bermain yang tinggi agak susah untuk diberi didalam sistem yang sudah sekian lama didalam pasaran. Beberapa kesan istimewa juga dapat dilihat, sepertu kesan kuasa keluarga Incredibles yang mampu memecahkan kepingan Lego bertaburan.
Kesemua sedutan dari filem juga dibuat semula didalam permainan ini menggunakan enjin permainan berbanding dari hanya menggunakan potongan filem itu. Malah beberapa sedutan juga membawakan sesi lawak dengan pengurangan elemen kasar dan ganas, sekaligus permainan ini amat sesuai untuk kanak-kanak dan dimainkan bersama keluarga.
Beberapa lawak slapstik juga dibawakan didalam permainan, namun.. mungkin terlalu banyak sehingga kami mengharap ianya tidak menjengkelkan, kerana ianya terjadi sesama karakter sendiri.
Pengalaman Bermain
Lego The Incredibles bermula dengan aksi letupan dan seterusnya dibawakan kepada pembukaan The Incredibles 2. Namun jangan risau, permainan Lego kali ini membawakan panduan untuk pemain belajar untuk pengawalan dan menggunakan kuasa.
Formula permainan Lego ini sentiasa menarik dengan pendekatan 3D platformer dengan beberapa mekanik pertempuran dan teka-teki kepada pemain. Untuk jalan cerita pemain mempunyai kawalan kepada dua karakter dan bekerjasama dengan menggunakan kelebihan masing-masing.
Malah, setiap karakter mempunyai kebolehan mereka sendiri. Elastigirl yang fleksibel ini mampu menukar kepada jambatan, tangga sehinggakan mengakses beberapa kawasan tersembunyi. Malah beliau juga mampu menyelam dan kebolehan menjadi cangkuk. Pemain boleh menukar karakter bila-bila masa dan juga boleh bermain bersama pemain yang lain.
Selepas tahap pertama tamat, pemain kemudian boleh mula bermain didalam dunia terbuka yang bertempat di dunia fiksyen Municiberg dan New Urbem yang digabungkan didalam satu peta. Sebagai perbandingan, Lego Ninjago mengguna semula petanya untuk misi dan juga semasa sesi dunia terbuka, maka terlihat saiz permainan tersebut yang agak terhad. Namun tidak bagi Lego The Incredibles, dimana pemain mempunyai pengalaman berbeza semasa jalan cerita dan sesi dunia terbuka. Sebagai pemain dunia terbuka, semestinya ini bukanlah perkara baru, namun sebuah penambahbaik yang amat diterima untuk permainan Lego.
Untuk permulaan, pemain akan mula bermain mengikut dari jalan cerita The Incredibles 2 sebelum The Incredibles 1 mula dibuka untuk dimain.
Untuk pengalaman bermain, tidak banyak bezanya selain dari mekanik baharu bersempena dengan keupayaan baharu karakter. Salah satu keupayaan baharu tersebut adalah Incredibles Builds, dimana pemain perlu mengumpul bata istimewa terlebih dahulu. Selepas pemain mendapat jumlah yang mencukupi, pemain akan mula dibawa kr mini-game dimana 2-4 karakter akan mula membina sesuatu sehingga terjadi satu benda yang epik. Kadangkala ianya epik, kadangkala ianya hanya untuk jenaka semata.
Lego The Incredibles sebenarnya sama seperti permainan Lego yang lain, sebuah permainan dengan jalan cerita yang pendek namun penuh dengan kandungan. Jumlah tahap adalah sebanyak 12 (gabungan dari dua filem), secara tipikalnya, pemain boleh bermain selama 6-8 jam, namun mungkin lebih dari durasi tersebut atas kandungan yang besar untuk diterokai.
Rangkuman
Lego The Incredibles tidaklah boleh digelarkan sebagai permainan berdasarkan filem yang terbaik, namun ianya sebuah permainan video yang seronok untuk dimain. Isu teknikal dari siri permainan Lego sebelumnya, akhirnya telah ditambah baik didalam siri ini dan juga lebih banyak kandungan diberikan. Maka, kualiti permainan ini ternyata jauh lebih baik dari siri-siri sebelumnya.
Selain dari isu grafik yang tidak sekata, ini adalah sebuah permainan Lego yang agak “solid”. Sebagai pemainan keluarga dengan fungsi co-op, ternyata ianya amat seronok dimain bersama dengan keluarga atau rakan.
Artikel Asal: Gamer Matters
Reviu ini dibuat melalui PlayStation 4 (Versi biasa), yang diberikan oleh syarikat penerbit.
LEGO The Incredibles
Lego The Incredibles tidaklah boleh digelarkan sebagai permainan berdasarkan filem yang terbaik, namun ianya sebuah permainan video yang seronok untuk dimain. Isu teknikal dari siri permainan Lego sebelumnya, akhirnya telah ditambah baik didalam siri ini dan juga lebih banyak kandungan diberikan. Maka, kualiti permainan ini ternyata jauh lebih baik dari siri-siri sebelumnya.
- Grafik 7.5
- Kesan Suara 8
- Pengalaman Bermain 7.5
- Kandungan 9