fbpx

Lewis Hamilton Kini Mentor Anda Di Gran Turismo Sport

Jikalau anda ingin belajar tentang perlumbaan kereta, mengapa tidak belajar dari pakar? Gran Turismo Sport akan memperkenalkan Lewis Hamilton, pemenang perlumbaan Formula 1 sebagai mentor kepada anda terhadap permainan video ini.

Hamilton akan memberi tips yang membolehkan anda menambahbaikan kemahiran pemanduan, dan beliau juga akan berkongsikan teknik dan falsafah tentang pemanduan beliau. Berikut adalah video yang menerangkan lebih lanjut mengenai penglibatan beliau didalam permainan GT Sport ini:

Hamilton juga pernah melibatkan diri didalam permainan Call of Duty Infinite Warfare pada tahun lepas, dan juga selaku duta utama untuk permainan video F1 dari Codemaster.

Gran Turismo pernah melibatkan pemain profesional seperti Jeff Gordon, pemandu NASCAR didalam siri Gran Turismo 5.

Gran Turismo Sport akan mula berada dipasaran pada 17hb Oktober nanti untuk PS4.

Artikel Asal: Gamer Matters


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -