MESL, atau dikenali sebagai The Malaysia Esport League kini bermula. Sebagai liga Dota 2 yang terbesar di Malaysia, ianya dipertanding oleh 16 pasukan, yang sudah semestinya dari Malaysia. Liga yang ditaja oleh U Mobile ini telahpun bermula semenjak 21hb Oktober yang lepas, dengan beberapa perlawanan berlaku.
Untuk menarik lagi jumlah penonton, U Mobile membenarkan pengguna telco mereka untuk menonton acara ini secara langsung di Astro eGG ataupun Astro GO melalui servis striman Video-Onz. Maka, tiada caj data atau kos tambahan dikenakan kepada pelanggannya.
MineskiTV juga akan menyediakan striman langsung melalui saluran Twitch mereka. Anda boleh lihat jadual striman mereka disini.
16 pasukan bertarung sehingga musim liga ini berakhir pada 21hb Januari. Pasukan seperti GeekFam, Fire Dragoon Esports, dan juga pasukan Team High Ground, sebuah pasukan yang dibentuk melalui kad rawak The Major League.
Artikel Asal: Gamer Matters