29 Mac 2017 yang lalu telah berlansungnya perlawanan kelima Liga Ultras FIFA Online 3 [FO3] di mana empat perlawanan telah dijalankan yang melibatkan lapan buah kelab penyokong pasukan bolasepak kesayangan mereka. Untuk info lanjut berkenaan Liga Ultras FO3 ini boleh layari di sini.
Nampaknya kekuatan FC Barcelona Malaysia sukar dihalang dalam saigan Liga Ultras FO3 ini, jika sebelum ini Buletin Manchester United yang dikatakan mampu memberi tekanan kepada Barcelona meleset sama sekali. Ini dapat dilihat apabila Barcelona mudah membaham Manchester United dalam minggu kelima ini.
Barcelona terlebih dahulu dihadapan dengan kemenangan 3-0 dalam set pertama, Manchester United yang cuba bangkit dalam set kedua serba tidak mengena apabila mereka tewas kepada Barcelona dengan jaringan 2-0. Pada set terakhir, Manchester United umpama diberikan mata saguhati apabila mereka menang dengan jaringan 1-0. Keputusan penuh, Barcelona 2 Manchester United 1.
Dalam perlawanan lain, Arsenal Malaysia menewaskan Real Madrid Malaysia dengan kiraan mata 2-1. Ini membolehkan Arsenal memintas Manchester United untuk menduduki tangga kedua Liga Ultras FO3 dengan kelebihan jaringan.
Pasukan Malaysia Spurs pula dilihat pasukan yang paling teruk dalam saingan Liga Ultras FO3 ini, di mana mereka tewas kesemua perlawanan termasuk dalam perlawanan minggu kelima ini apabila mereka tewas kepada SOLJABIRU [Chelsea] dengan kiraan mata 0-3.
Sebuah lagi pasukan tercorot liga, All Reds Malaysia [Liverpool] terus diberi tamparan hebat apabila mereka tewas 0-3 kepada Manchester City Malaysia. Berikut adalah kedudukan carta Liga Ultras FO3 selepas minggu kelima: