Pada Rabu lepas iaitu 15 Mac 2017 telah berlansungnya perlawanan ketiga Liga Ultras FIFA Online 3 [FO3] yang melibatkan lapan buah kelab penyokong bolasepak bagi beberapa kelab di Eropah. Untuk info lanjut berkenaan Liga Ultras FO3 ini boleh layari di sini.
FC Barcelona Malaysia satu-satunya pasukan yang berjaya mengekalkan rekod kemenangan 100%, terbaru mangsa mereka adalah All Reds Malaysia [Liverpool] dengan kemenangan 3 mata penuh.
Buletin Manchester United [BMU] juga menunjukkan kebangkitan setelah tewas kepada Manchester City Malaysia [MCM] sebelum ini untuk terus memberi saingan kepada FC Barcelona dalam saingan Liga Ultras FO3 ini. BMU 3 Malaysia Spurs 0, ini bermakna duka Spurs terus berpanjangan apabila mereka gagal mencari kemenangan lagi setelah tiga perlawanan.
Satu lagi perlawanan yang melibatkan Real Madrid Malaysia [RMM] dan MCM sudah pasti menjadi tumpuan, ini kerana RMM turun dengan misi mencari kemenangan pertama. RMM bermula baik apa mendapatkan mata pertama setelah memenangi set pertama dengan jaringan 5-0. MCM nyata memberi tentangan kepada RMM apabila memenangi set kedua dengan jaringan 2-1 untuk mengikat RMM satu sama. Tetapi itu belum cukup mengekang kehebatan RMM dalam perlawanan ini, apabila RMM memenangi set penentuan dengan jaringan 4-1. RMM 2 MCM 1.
Pertembungan di antara SOLJABIRU [Chelsea] dan Arsenal Malaysia juga tidak kurang hebatnya, SOLJABIRU terlebih dahulu di hadapan apabila memenangi set pertama dengan jaringan 2-1. Pada set kedua, Arsenal berjaya mengikat SOLJABIRU satu sama dengan kemenangan 2-0. Pada set penentuan, perlawanan agak seimbang dan akhirnya Arsenal berjaya menemui kemenangan kedua dalam saingan Liga Ultras FO3 ini dengan jaringan 2-1. SOLJABIRU 1 Arsenal 2.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar perlawanan ketiga Liga Ultras FO3: