Liga Ultras FO3: Dua Pasukan Manchester Menang Bersih

Now Reading
Liga Ultras FO3: Dua Pasukan Manchester Menang Bersih

Liga Ultras FIFA Online 3 [FO3] baru sahaja bermula pada 1 Mac yang lalu, di mana lapan pasukan daripada beberapa kelab penyokong bolasepak mengambil bahagian pada musim pertama ini. Untuk info lanjut berkenaan Liga Ultras FO3 ini boleh layari di sini.

liga ultras fo3 week 1

Liga Ultras FO3: Jadual Perlawanan Minggu Pertama

Pada perlawanan minggu pertama ini dua pasukan atau kelab penyokong Manchester telah melakukan satu permulaan yang baik bagi mengharungi Liga Ultras FO3 ini. Pasukan daripada Buletin Manchester United dan Manchester City Malaysia telah memiliki kemenangan bersih 3-0 ke atas lawan masing-masing.

Manakala dalam perlawanan lain pula, pasukan daripada Arsenal Malaysia bergelut apabila ketinggalan 0-1 kepada pasukan Malaysia Spurs dan kemudiannya melakukan kebangkitan untuk memenangi perlawanan dengan kiraan mata 2-1.

Pertemuan di antara FC Barcelona Malaysia dan Real Madrid Malaysia tidak kurang hebatnya, persis seperti El Clasico dalam La Liga di Sepanyol. FC Barcelona Malaysia terlebih dahulu dihadapan dengan mendahului Real Madrid Malaysia 1-0. Kemudian Real Madrid menyamakan kedudukan 1-1 sebelum FC Barcelona memenangi perlawanan 2-1.

Untuk melihat ‘bracket’ penuh sila layari di sini.

liga ultras fo3 week 1 table

Liga Ultras FO3: Carta Liga Minggu Pertama

About The Author
Jaki
Menggemari PC & Konsol terutama permainan sukan dan strategi. Merupakan founder kepada Revoltage Esport dan pemain FIFA Online 3. Ingin memiliki sebuah gaming PC yang masih tidak kesampaian. Juga seorang blogger dan minat menulis berkenaan gaya hidup yang selaras dengan perkembangan teknologi.
Comments
Leave a response

Komen