Liga Ultras FO3: Manchester United Terus Memberi Tekanan Kepada Barcelona

Now Reading
Liga Ultras FO3: Manchester United Terus Memberi Tekanan Kepada Barcelona

22 Mac 2017 yang lalu telah berlansungnya perlawanan keempat Liga Ultras FIFA Online 3 [FO3] di mana empat perlawanan telah dijalankan yang melibatkan lapan buah kelab penyokong pasukan bolasepak kesayangan mereka. Untuk info lanjut berkenaan Liga Ultras FO3 ini boleh layari di sini.

Liga Ultras FO3

Liga Ultras FO3: Jadual Perlawanan Minggu Keempat

FC Barcelona Malaysia terus gah di puncak liga dengan mengekalkan rekod kemenangan 100%, Malaysia Spurs merupakan mangsa terbaru mereka dalam perlawanan minggu keempat ini. Barcelona memenangi kesemua set perlawanan ke atas Spurs dengan mata 3-0.

Walaubagaimanapun, Buletin Manchester United [BMU] terus memberi tekanan kepada Barcelona dengan mengekori rapat di tangga kedua liga. BMU juga memenangi pada perlawanan keempat ini dengan menewaskan Real Madrid Malaysia [RMM], tetapi bukan mudah untuk BMU memenangi perlawanan ini apabila RMM terlebih dahulu di hadapan dengan memenangi set pertama melalui jaringan 1-0. Kemudiannya BMU bangkit untuk memenangi dua set berikutnya. BMU 2 RMM 1.

Sebuah lagi pasukan yang dilihat mampu mencabar kedudukan Barcelona adalah Arsenal Malaysia yang menduduki tangga ketiga liga. Arsenal tidak kurang hebatnya apabila membenam cabaran Manchester City Malaysia [MCM] dengan memenangi kesemua set perlawanan. Arsenal 3 MCM 0.

Satu lagi perlawanan yang melibatkan pasukan SOLJABIRU [Chelsea] dan All Reds Malaysia [Liverpool] tidak kurang hebatnya. Tetapi SOLJABIRU terlebih dahulu mengesahkan kemenangan apabila memenangi dua set terawal sebelum Liverpool diberikan kemenangan saguhati pada set terakhir. SOLJABIRU 2 Liverpool 1.

Liga Ultras FO3

Liga Ultras FO3: Carta Liga Minggu Keempat

About The Author
Jaki
Menggemari PC & Konsol terutama permainan sukan dan strategi. Merupakan founder kepada Revoltage Esport dan pemain FIFA Online 3. Ingin memiliki sebuah gaming PC yang masih tidak kesampaian. Juga seorang blogger dan minat menulis berkenaan gaya hidup yang selaras dengan perkembangan teknologi.
Comments
Leave a response

Komen