Liga Ultras FO3: Spurs Kekal Di Tangga Tercorot

Now Reading
Liga Ultras FO3: Spurs Kekal Di Tangga Tercorot

Liga Ultras FIFA Online 3 [FO3] kini hanya berbaki satu perlawanan sahaja, perebutan juara sulung masih terbuka di antara FC Barcelona Malaysia, Buletin Manchester United dan Manchester City Malaysia. Perlawanan minggu keenam telah pun berlansung pada 5 Mac 2017 yang lalu.

Liga Ultras FO3

Liga Ultras FO3: Jadual Perlawanan Minggu Keenam

Manchester United nampaknya bangkit daripada kekalahan kepada Barcelona minggu lepas dengan kemenangan bersih 3-0 ke atas musuh tradisi dalam saingan Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal Malaysia. Ini menghidupkan peluang kembali untuk memburu juara Liga Ultras FO3 ini.

Sebuah lagi pasukan yang berpeluang untuk menjadi juara sulung liga ini adalah Manchester City, mereka berjaya menewaskan Malaysia Spurs dengan kiraan mata 2-1. Ini membuatkan Spurs kekal sebagai pasukan tercorot liga dengan rekod 100% kekalahan.

Manakala Barcelona berjaya mengekalkan rekod kemenangan 100% dalam saingan Liga Ultras FO3 edisi pertama ini, mangsa terbaru mereka adalah SOLJABIRU [Chelsea] dengan kiraan mata 2-1. Perlawanan yang cukup menarik, Chelsea umpama mampu menyaingi kehebatan Barcelona dengan mengikat kiraan mata 1-1 terlebih dahulu sebelum pemenang ditentukan pada set terakhir.

Real Madrid Malaysia terus menambah derita All Reds Malaysia [Liverpool] iaitu sebuah lagi pasukan di tangga tercorot liga. Real Madrid berjaya membelasah Liverpool dengan kiraan mata 3-0. Jadi sama-samalah kita nantikan juara sulung Liga Ultras FO3 ini pada minggu terakhir perlawanan yang dijadualkan berlansung pada 12 Mac 2017 ini.

Liga Ultras FO3

Liga Ultras FO3: Carta Liga Minggu Keenam

About The Author
Jaki
Menggemari PC & Konsol terutama permainan sukan dan strategi. Merupakan founder kepada Revoltage Esport dan pemain FIFA Online 3. Ingin memiliki sebuah gaming PC yang masih tidak kesampaian. Juga seorang blogger dan minat menulis berkenaan gaya hidup yang selaras dengan perkembangan teknologi.
Comments
Leave a response

Komen