fbpx

Liga Ultras FO3: Spurs & Real Madrid Masih Mencari Kemenangan

Liga Ultras FIFA Online 3 [FO3] kini telah memasuki minggu kedua, di mana beberapa kejutan telah berlaku dalam perlawanan kedua bagi setiap pasukan yang berlangsung pada Rabu lepas iaitu 8 Mac 2017. Untuk info lanjut berkenaan Liga Ultras FO3 ini boleh layari di sini.

Liga Ultras FO3
Liga Ultras FO3: Jadual Perlawanan Minggu Kedua

Malaysia Spurs diberi tamparan hebat apabila tewas 1-2 kepada All Reds Malaysia [Liverpool], ini merupakan kekalahan kedua Spurs dalam saingan Liga Ultras FO3.

Sebuah lagi pasukan yang menerima kekalahan kedua adalah Real Madrid Malaysia, walaupun mereka memberi saingan yang sengit kepada SOLJABIRU [Chelsea]. Tetapi belum cukup menghalang kemenangan SOLJABIRU dengan mata 2-1.

Perlawanan tumpuan Liga Ultras FO3 pada minggu kedua ini sudah pasti pertembungan ‘derby’ di antara dua pasukan Machester iaitu Manchester City Malaysia dan Buletin Manchester United. City terlebih dahulu dihadapan dengan kemenangan 4-3 pada set pertama, sebelum United menyamakan kedudukan dengan kemenangan 2-1 pada set kedua. Pada set penentuan United terus memberikan saingan, tetapi tidak mampu menghalang kemenangan mutlak City dengan jaringan 3-2 pada set terakhir. Manchester City Malaysia 2 Buletin Manchester United 1.

Manakala satu lagi perlawanan, FC Barcelona Malaysia terus mengekalkan rentak kemenangan. Terkini, pasukan Arsenal Malaysia pula menjadi mangsa mereka dengan kemenangan 2-1. Ini bermakna, duka penyokong-penyokong Arsenal terus berpanjangan setelah mereka dikecewakan oleh pasukan kesayangan mereka dalam saingan Liga Juara-juara Eropah [bolasepak sebenar] baru-baru ini.

Untuk melihat ‘bracket’ penuh sila layari di sini.

Liga Ultras FO3
Liga Ultras FO3: Carta Liga Minggu Kedua
Liga Ultras FO3
Wakil Daripada Pasukan Malaysia Spurs
Liga Ultras FO3
Real Madrid Malaysia vs SOLJABIRU
Liga Ultras FO3
Salah seorang wakil Buletin Manchester United dan Manchester City Malaysia.

- Iklan -

Liga Ultras FO3
Wakil daripada pasukan Arsenal Malaysia.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -