Permainan F1 2018 dari Codemaster ini akan hadir kelak dan peminat mendapat satu lagi video trailer untuk litar yang akan dimainkan didalam permainan ini, iaitu Circuit Paul Richard untuk French Grand Prix.
Dengan penamatan Malaysian Grand Prix di Sepang tahun lepas, maka kalendar F1 untuk 2018 ditambah satu lagi Grand Prix, maka litar ini akan menggantikan Sepang.
Litar ini mempunyai ciri teknikal dengan bahagian pecut yang amat panjang, sehinggalah kawasan selekoh yang amat mendatar.
Malah, Grand Prix serba baharu ini akan mula dipakai untuk berlumba secara rasmi pada minggu ini, dan dan semestinya membawa banyak cabaran dan kekeliruan kepada pemandu.
Setakat ini tiada lagi berita mengenai tarik pelancarannya, namun semestinya ia akan mula dijual pada tahun ini untuk platform Xbox One, PC dan PS4.
Artikel ini diterjemahkan dari artikel asal, Gamer Matters.