Salah satu syarikat penjagaan kulit yang terletak di bandar Ho Chi Minh, Vietnam menggunakan logo yang menyamai logo terkenal, Umbrella Corporation didalam siri permainan Resident Evil.
Dijumpai oleh Shotgun Kiss, pengguna forum NeoGAF yang kini menyebabkan isu tersebut menular didalam laman web.

Menariknya, logo tersebut tidak diubahsuai dan diambil 100% sama bentuknya dengan logo asal didalam permainan tersebut.

Syarikat tersebut, Medcare Skin Centre telahpun membalas kenyataan melalui halaman Facebook bahawa mereka terkejut dengan isu tersebut dan mereka tidak menyedari atas logo itu digunapakai. Malah, logo tersebut dibuat melalui syarikat lain yang diupah oleh mereka.


