Loot Box Bukan Perjudian – Suruhanjaya Perjudian UK

Now Reading
Loot Box Bukan Perjudian – Suruhanjaya Perjudian UK

Selepas isu dan kontroversi terhadap sistem loot box didalam permainan video, beberapa kerajaan dari sesetengah negara kini membuat penyiasatan atas isu tersebut, khususnya dari Star Wars Battlefront II. Selepas Suruhanjaya Permainan Video Belgium mengumumkan secara rasmi pengharaman loot box sebagai perjudian, akan tetapi Suruhanjaya Perjudian UK menyatakan sebaliknya.

Namun, tidak semestinya suruhanjaya tersebut menyokong konsep loot box ini didalam permainan video.

Mengikut dari kenyataan media mereka, suruhanjaya ini sedar atas kehadiran loot box dari awal tahun lepas lagi, dengan menyatakan “bepotensi risiko terhadap kanak-kanak dan orang muda”. Mereka juga mengeluarkan dokumen penuh mengenai pembentangan loot box menyamai perjudian dan perbandingan dengan laman web perjudian seperti pertaruhan wang semasa perlawanan esukan.

Walaubagaimanapun, rang undang-undang UK mempunyai kenyataan yang jelas untuk menentukan sesetengah institusi / sistem itu adalah perjudian, sama ada ianya berbaloi atau tidak.

“In practical terms this means that where in-game items obtained via loot boxes are confined for use within the game and cannot be cashed out it is unlikely to be caught as a licensable gambling activity,”………..”In those cases our legal powers would not allow us to step in.”

Melalui kenyataan diatas, ternyata tiada elemen judi atas sebab sistem loot box ini tidak boleh dikeluarkan kandungannya didalam bentuk wang.

Maka, kesimpulan dari suruhanjaya ini ternyata memberi lebih banyak persoalan tentang pendapat loot box ini adalah judi atau tidak. Menariknya, mereka juga risau kerana semakin banyak sistem yang mengelirukan ini akan hadir kelak.

Kenyataan tersebut diakhiri dengan amaran kepada ibu bapa mengenai potensi loot box ini kepada anak-anak mereka.

Sumber: Suruhanjaya Perjudian UK

Artikel Asal: Gamer Matters

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen