fbpx

Lords Mobile: Menangi Gem Lodes Melalui Acara Kingdom Hunter

Lords Mobile, sebuah permainan mudah alih terkenal yang menggunakan konsep MMO Real-Time-Strategy kini mempunyai kemaskini baharu melalui acara Kingdom Clash mereka, yang bernama Kingdom Hunter.

Mengikut dari I Got Games (IGG) selaku pemaju Lords Mobile, kemaskini baharu ini didatangkan dengan pendekatan baharu dimana setiap Kingdom akan diberi sasaran untuk pemain melumpuhkannya dan peroleh mata untuk mendapat tempat 4 tertinggi selepas acara tamat.

Acara ini hanya aktif didalam tempoh 24 jam sahaja dan akan memberi peluang kepada pemain untuk mencapai tangga teratas dengan meraih hadiah Gem Lodes seperti dibawah:

Tempat Pertama: Lv 1~5 Gem Lodes
Tempat Kedua: Lv 1~4 Gem Lodes
Tempat Ketiga & Keempat: Lv 1~2 Gem Lodes

Pemain juga berpeluang mendapat mata bonus dengan menakluki Wonders, menewaskan tentera dan juga menghapuskan traps dari Kingdom yang disasar. Namun mata bonus tidak akan diberi jikalau pemain menewaskan musuh raksasa ataupun semasa memperolehi resources.

Untuk menyertai acara ini, pemain akan dapat melihat ikon “Hunter” atau “Target” diatas Kingdom melalui halaman khas Kingdom Hunters didalam aplikasi permainan ini. Kedua-dua Kingdom ini mempunyai warna & ikon unik dan pemain boleh melihat durasi acara ini selepas memilih Kingdom tersebut.

Acara ini berlangsung didalam dari 7hb Oktober sehingga 8hb Oktober 12:59PM. Namun ianya akan kembali sekali lagi dalam masa terdekat.

Lords Mobile boleh dimuat turun secara percuma untuk peranti Android ataupun Apple melalui pautan ini.

- Iklan -

Artikel ini adalah sebuah nukilan advertorial dari IGG untuk permainan mudah alih mereka, Lords Mobile. Layari Facebook Lords Mobile MY atau laman web rasmi mereka untuk maklumat lanjut.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -