Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Lumberyard – Enjin Permainan Percuma Terbaharu dari Amazon Games

23

Amazon ialah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan atas talian. Namun begitu Amazon juga telah berkecimpung dalam industri video game bermula dengan pembelian studio game Double Helix dan servis penstriman Twitch pada tahun 2014.

Menurut sumber Gamasutra, Amazon Games telah mengumumkan enjin permainan bertaraf ‘triple-A’ terbaharu dari mereka yang dinamakan Lumberyard. Enjin ini dilaporkan menggunakan asas daripada CryEngine, enjin permainan yang sangat popular dengan kualiti grafik luar biasa seperti ditampilkan dalam siri Crysis dan Far Cry.

Apa yang menarik tentang Lumberyard adalah ia bukan sahaja menggunakan asas CryEngine yang bergrafik hebat, malah Amazon mengedarkannya secara percuma kepada umum. Enjin permainan percuma bukanlah sesuatu yang baharu malah dua enjin pesaing yang popular iaitu Unity dan Unreal Engine 4 juga diedarkan secara percuma kepada umum. Kelebihan Lumberyard adalah ia percuma sepenuhnya termasuklah pengubahsuaian kod sumber tanpa perlu perlesenan dan pembayaran royalti kepada Amazon.

Sebagai produk Amazon, Lumberyard didatangkan dengan integrasi Amazon Web Service untuk infrastruktur server dan Twitch juga didatangkan secara ‘native’ untuk integrasi secara terus ke dalam game seperti genre Twitch Plays (kawalan game dari chat Twitch) yang meningkat popular ketika ini.

Lumberyard kini berada dalam peringkat beta dan boleh didapati di sini