Koei Tecmo membuat tiga pengumuman besar berkenaan dengan permainan baharu mereka yang akan dilancarkan kelak, iaitu Dead Or Alive 6. Pengumuman tersebut dibuat di EVO Japan 2019 hari ini.
Pengumuman yang pertama adalah Deluxe Demo sebuah mod percubaan untuk pemain khususnya kepada pelanggan PS Plus & Xbox Live Gold. Dengan Deluxe Demo ini pemain boleh bermain kesemua 24 karakter dengan berkebolehan menukarkan reka rambutnya pada setiap karakter tersebut. Malah, pemain juga boleh mendapat beberapa akses yang termasuk Free Training, Tutorial, Command Training, Combo Challenge dan juga Store Mode. Ianya akan diberikan pada 22hb sehingga 24hb Februari.
Tambahan, dua karakter jemputan dari King Of Fighters XIV akan diberi, dan salah satunya ialah Mai Shiranui. Kedua-dua karakter ini akan diberi didalam Season 1 Pass yang akan didatangkan dengan 4 jenis kostum yang berbeza. Salah satunya adalah kostum perkahwinan dan suit.
Dan yang terakhir, DOA 6 akan mempunyai acara perlawannya yang sendiri. The Dead Or Alive 6 World Championship akan dibuka diserata dunia dengan perlawanan terakhir dibuat di Jepun dengan hadiah berjumlah 10 Juta Yen (RM360,000~).
Dead Or Alive 6 akan mula dipasarkan pada bulan Mac nanti di PS4, PC dan Xbox One.