Setelah sekian lama menanti, Malaysian Cyber Games akhirnya kembali memeriahkan industri esukan Malaysia selepas acara terakhir mereka pada tahun 2015.
Namun untuk tahun ini, ianya lebih menarik dengan lapan jenis permainan dipertanding dengan hadiah RM300,000 jumlah tunai terkumpul.
Berikut adalah senarai lapan permainan yang diperkatakan:
- Dota 2 (RM50,000)
- FIFA 18 (RM50,000)
- CS:GO (RM45,000)
- Tekken 7 (RM40,000)
- Mobile Legends (RM30,000)
- Street Fighter V (RM25,000)
- F1 2017 (RM10,000)
- Injustice 2 (RM10,000)
Mengikut dari senarai diatas, beberapa permainan yang dipilih adalah permainan yang biasa didalam perlawanan esukan, namun kehadiran F1 2017 dan Injustice 2 adalah tidak dijangka sama sekali.
Ini juga akan dikira sebagai pertandingan permainan video perlawanan terbesar di Malaysia atas jumlah hadiahnya yang besar, RM75,000.
Malaysian Cyber Games 2018 ini akan bermula pada 13hb-14hb Januari nanti di PWTC, dan hanya terbuka kepada penduduk di Malaysia sahaja.
Untuk sesiapa yang berminat, anda boleh mendaftar melalui laman web rasmi mereka.
Artikel Asal: Gamer Matters