Manchester United menyaman Sega dan Sports Interactive atas salah guna perlesenan dan nama kelab mereka didalam permainan Football Manager.
Mengikut dari laporan The Guardian, permainan tersebut menggunakan tanda dagangan Manchester United secara meluas didalam permainan tersebut, malah menggunakan logo yang salah iaitu logo “simplified” berbanding logo rasmi.
Namun Sega memberi kenyataan balas bahawa mereka telah menggunakan tanda dagangan Manchester United semenjak 1992, yang dimana permainannya dipanggil sebagai Championship Manager sebelum ini dan tiada tuntutan saman difailkan dari tahun 1992 sehingga sekarang. Mereka juga menyatakan bahawa mereka menggunakan Manchester United dengan cara yang sah didalam konteks pasukan didalam sukan bola sepak.
Tuntutan saman Manchester United juga mengandungi kandungan-kandungan tambahan didalam permainan Football Manager seperti modifikasi oleh peminat yang dibenarkan oleh Sega. Menurut kelab gergasi UK itu lagi, perkara ini “disengajakan” untuk menggalakkan prestasi penjualan dengan pengelakan pengunaan lesen atau “cara budi perniagaan yang sah”.
Setakat ini tiada kenyataan lanjut dari Sega, ataupun status fail tuntutan saman ini, sama-sama kita nantikan apakah situasi yang seterusnya akan berlaku kelak.
Sumber: The Guardian, melalui VG247.