fbpx

Marvel’s Spider-Man Bukan Sekadar Klon Batman Arkham (Pandang Pertama)

Insomniac Games terkenal dengan menghasilkan permainan-permainan video eksklusif untuk Playstation seperti siri Spyro The Dragon, Ratchet & Clank dan juga Resistance. Namun, pembina ini telah memperlebarkan sayap dengan membina permainan video dengan kerjasama penerbit-penerbit lain seperti EA, Microsoft dan Oculus. Kini mereka kembali dengan sebuah permainan eksklusif di PS4, Marvel’s Spider-Man.

Insomniac percaya bahawa mereka dan watak adiwira yang rajin berseloroh ini berkongsi DNA yang sama. Mereka juga sangat teruja dengan peluang untuk mencipta sebuah cerita baru serta asli menggunakan lesen ini, dengan kerjasama pihak Marvel dan Sony.

Kami berkesempatan untuk hadir ke acara previu ehsan daripada Sony Interactive Entertainment Hong Kong Limited Singapore Branch (atau lebih mudah dikenali sebagai Playstation Asia) untuk mendapatkan pengalaman bermain Marvel’s Spider-Man. Sebelum ini kami tidak berapa nampak lagi apa menariknya permainan ini melalui video-video teknik permainan yang dikeluarkan. Setelah dapat bermain bahagian awal permainan ini, hati kami telah berubah.

Ini bukan sekadar klon Batman Arkham. Kami jelaskan di bawah.

Pentingnya Aksi Berayun

Sebaik berakhirnya segmen intro yang jelas menggambarkan stail dan nada permainan ini, anda terus diperkenalkan dengan mekanik paling utama: aksi berayun.

James Stevenson, Pengarah Komuniti di Insomniac Games hadir pada acara previu tersebut. Apabila diajukan soalan mengenai bagaimana pihak Insomniac mula untuk menghasilkan mekanik berayun ini- soalan yang telah banyak ditanya sebelum ini- beliau tekankan bahawa pasukan di Insomniac tahu apa yang para peminat berharapkan.

“Sememangnya ramai yang bernostalgia terhadap Spider-Man 2. Ramai orang suka permainan itu,” ujarnya.

Mekanik bearyun dalam Marvel’s Spider-Man dibina dari mula namun beberapa nota telah diambil daripada permainan-permainan Spider-Man lain sebelumnya.

“Kami telah kenalpasti beberapa perkara pada awalnya, “ kata Stevenson. “Sesawang perlu lekat pada bangunan. Perlu adanya fulkrum pada setiap ayunan. Semuanya perlu berlandaskan fizik tetapi tidak semestinya terikat kepadanya secara menyeluruh.

- Iklan -

“Kawalan pemain sangat penting. Kamera sangat penting. Banyak eksperimentasi telah kami buat pada kamera dalam membina mekanik ini. Parkour, berlari atas dinding, ‘point-zipping’. Macam mana semua ini berinteraksi. Semua ini memerlukan iterasi berulang kali.”

Bergayut dengan menggunakan sawang adalah sangat penting dalam permainan ini. Sehinggakan pada waktu acara previu tersebut pihak pembina masih lagi bertunkus-lumus memperbaikinya dengan mengambil maklumbalas daripada para pemain seperti di E3 bagi mengenal pasti isu-isu terpencil.

“Kami memang membentuk [menkanik gayutan] dari awal pembinaan lagi. Ini merupakan perkara paling penting untuk kami buktikan,” kata Stevenson.

Marvel’s Spider-Man kini telah siap pembikinannya pada waktu terbitan.

Berayun Ke Bergayut?

Aksi berayun dan bergayut sangat terasa hebatnya sebaik kontroler digenggam. Untuk bergayut, anda boleh tekan atau pegang R2. Anda boleh kawal sendiri bila waktu untuk lepaskan sesawang dan menembak yang baru. Jika anda tekan R2 pada waktunya anda boleh menambahkan momentum dan kelajuan.

Jika anda ingin jalan mudah, memegang R2 sahaja pun membolehkan ada terus berayun, Spidey akan secara automatik menembak sesawang baru ke mana sahaja arah yang anda tujukan. Pergerakan begini tidaklah berapa laju mahupun efisyen, tapi anda ada pilihan untuk berbuat demikian.

Memegang R2 juga akan membuatkan anda pantas bergerak seperti dalam Shadow Of War/Assassin’s Creed yang mana anda akan berlari dan melakukan aksi parkour secara automatik. Anda juga boleh berlari atas dinding seperti dalam Prototype/Saint’s Row IV.

Semasa anda bergayut dan berayun ke sana ke mari, kamera juga turut berayun mengikuti anda, memaparkan betapa elegan dan akrobatiknya Spider-Man melakukan aksi-aksi ini. Alunan okestra juga makin lunak berkumandang menemani aksi ayunan anda merentasi seluruh bandar New York. Hanya dengan menjejak kaki ke tanah baru muzik latar tersebut menghilangkan diri.

Apabila anda di tanah biasa, anda boleh berjalan-jalan seperti biasa sebagai “friendly neighbourhood Spider-Man”, pejalan kaki lain juga akan perasan kewujudan anda. Pulau Manhattan ini bukanlah skala 1:1- permainan ini mengubahsuai sedikit bandar ini supaya ianya lebih seronok untuk anda bergerak- tetapi bandar ini agak besar dan meriah. Kereta-kereta juga tersangkut dengan traffic jam yang sangat teruk, sinonim dengan budaya di bandar tersebut.

Apa akan jadi jika anda tidak jumpa bangunan tinggi untuk berayun dan bergayut? Jika ada bangunan lain tidak jauh dari lokasi anda, tekan X akan membuatkan Spider-Man melonjak ke hadapan dengan tembakan sesawang supaya anda cukup dekat untuk sambung berayun semula.

Ataupun anda boleh lakukan “point-zip” (L2+R2) ke arah hujung permukaan-permukaan tertentu untuk hinggap ke situ, atau gunakan permukaan tersebut untuk sambung melompat dengan menekan X sebaik anda sampai ke situ untuk teruskan pergerakan. Anda tidak akan tercedera bila jatuh dari ketinggian tinggi dan anda boleh lakukan “swan dive” (L3) untuk menjatuhkan diri dan mengumpul kelajuan serta momentum untuk ayunan seterusnya.

Kami tidak pernah menyentuh mana-mana permainan Spider-Man sebelum, jadi kami tidak mempunyai apa-apa tinta nostalgia. Kami bebesar hati untuk melaporkan bahawa aksi ayunan sememangnya terbaik dan sangat seronok untuk dilakukan. Seronok sangat sampai kami asyik berlegar lakukan aktiviti sampingan daripada mengikuti plot utama.

- Iklan -

Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang anda boleh lakukan seperti membantu selamatkan nyawa di kawasan kemalangan kereta. “Collectibles” dan menara radio turut ada seperti permainan dunia terbuka lain, tetapi kami tidak terasa seperti dipaksa menyiapkan kerja, ianya hanya alasan untuk berayun lagi lama.

Spider-Man: Arkham? Eh, Bukan La

Bagaimana pula dengan pertempuran? Secara dasarnya sistem pertempuran sangat mirip dengan apa yang telah dipelopori oleh permainan-permainan Batman Arkham. Jangan disangkakan begitu.

“Batman merupakan bruiser,” jawab Stevenson bila dilontarkan soalan mengenai persepsi sebilangan orang membandingkan Marvel’s Spider-Man mempunyai stail pertempuran seperti Batman Arkham. “Spider-Man pula seorang yang akrobatik, melompat sana sini, banyak mengelak, dia juga ada sesawang.. [perbandingan itu] sekadar pada dasar sahaja.”

“Ambil kontroler dan main. Baru anda nampak yang ianya tidak sama.”

Kami setuju.

Perkara pertama- anda tidak ada butang untuk serang balas (counter). Segi empat adalah untuk pukulan dan kombo utama. Butang segi tiga pula bukan untuk serang balas tetapi untuk menembak sesawang, serangan yang agak perlahan pada mulanya dan agak berisiko. Anda tidak akan duduk diam dan tunggu musuh untuk serang. Pada awal permainan anda telahpun bertemu dengan musuh bersenjata, memaksa anda untuk sentiasa bergerak.

Anda akan tahu apabila musuh akan serang dengan adanya tanda yang akan muncul di atas kepala Spidey sebagai Spider Sense. Bukan atas kepala musuh ya, tetapi atas kepala Spidey. Sebelum musuh akan tembak, anda akan nampak satu garisan menunjukkan dari mana peluru tersebut akan muncul.

Serangan dengan menggunakan elemen persekitaran juga boleh digunakan. Anda boleh robohkan perancah di sekitar kawasan pembinaan ataupun tarik dan lempar penutup longkang di tengah jalan semasa pertempuran, sebagai contoh.

- Iklan -

Anda juga mempunyai akses kepada beberapa gajet. Pada mulanya anda boleh gunakan tembakan sesawang yang boleh memerangkap musuh untuk waktu terhad. Gajet-gajet lain yang boleh didapati ada yang mirip fungsinya dengan beberapa senjata daripada Ratchet & Clank- yang kami perasan satu seakan Agents Of Doom dan satu lagi seakan Tesla Claw. Anda boleh tukar gajet yang aktif dengan menggunakan weapon wheel (L1).

Selain itu, anda juga mempunyai meter fokus yang akan penuh dengan setiap kombo. Penuhnya meter tersebut dan adnda boleh lakukan finisher move seperti Arkham. Tetapi tidak seperti Arkham, anda boleh guna meter teresebut untuk penuhkan nyawa pada bila-bila masa dengan menekan bawah pada D-Pad.

Aksi tempuran bukanlah senang seperti yang dilihat. Pada tahap kesukaran tertinggi satu kesilapan sahaja dan anda akan dihukum dengan teruk.

Kesimpulannya, anda sentiasa akan bergerak semasa beretempur dan tidak perlu berhenti langusung, walaupun hanya mengelak berulang kali sehingga ada peluang untuk serang. Spidey sangat licik dan sangat kuat apabila dia perlu cepat menadaptasi dengan keadaan semasa.

Peter Parker Si Saintis

Permainan ini bukan semata-mata berkenaan Spider-Man sahaja. Anda juga berpeluang untuk menjadi Peter Parker. Dalam dunia ini, Peter bukannya wartawan tetapi seorang saintis dan anda akan melakukan beberapa kerja-kerja biasa. Dalam segmen ini, anda akan selesaikan beberapa tekaria seakan Bioshock tetapi ada sedikit perbezaan- anda boleh ambil masa dan selesaikannya dengan tenang.

Segmen-segmen begini sangat baik dalam mengekalkan tempo permainan Marvel’s Spider-Man. Setelah penat berayun ke sana sini dan membelasah musuh, elok juga dapat rileks sebentar dan ikuti kembali jalan cerita utama.

Seperti mana Ultimate Spider-Man pernah lakukan, dunia Spider-Man ini mempunyai elemen-elemen dan watak yang sama cuma peranan setiap watak ada pengubahsuaian. Stevenson menyebut bahawa hubungan dengan mentor dan hubungan sesama kawan antara tema besar dalam penceritaan permainan ini.

Tema hubungan sesama kawan tersebut dapat kita lihat pada trailer cerita yang ditunjukkan di SDCC saban hari di mana Spidey bekerjasama dengan Mary Jane Watson dan Miles Morales. Dunia Peter Parker dan Spider-Man yang sebelum ini terpisah asing bakal bertemu sepanjang permainan ini.

- Iklan -

Menariknya, kami dapat lihat beberapa elemen yang boleh membawa kepada terhasilnya sebuah Marvel Gaming Universe sepertimana adanya Marvel Cinematic Universe. Namun begitu, ini hanyalah spekulasi di pihak kami.

Akhir Kata

Setelah kami merasa sendiri bermain Marvel’s Spider-Man, kami pasti yang IP dan pembina ini sangat padan dan serasi, bagai pinang dibelah dua.

Walaupun ia tidak nampak apa-apa rupa seperti permainan-permainan Insomniac sebelum ini, DNA mereka masih lagi boleh terasa. Keseronokan daripada mekanik bergayut dan berayun. Pengubahsuaian formula tempuran Batman Arkham yang menarik. Personaliti Spider-Man yang pelawak yang sedar diri dan suka buat lawak puns. Dunia terbuka yang direalisasikan dengan baik sekali.

Dan yang penting sekali, ia bukannya sekadar klon Batman Arkham. Namun, harapannya permainan ini boleh mencapai kejayaan sama sepertinya.

“Kalau orang fikirkan apa kami buat pada Spider-Man sama baiknya dengan apa Arkham telah buat pada Batman, bagi kami itu satu tanda kejayaan,” kata Stevenson.

Marvel’s Spider-Man bakal berayun ke pasaran pada September 7, eksklusif untuk PS4.


Akses previu ehsan Playstation Asia

Artikel diterjermah daripada Bahasa Inggeris daripada Gamer Matters

- Iklan -


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -