fbpx

Marvel’s Spider-Man Remastered (PS5) Hanya Hadir Sebagai Digital Dan Tiada Naik-Taraf Percuma

Berita baik dimana kita akan dapati Marvel’s Spider-Man, sebuah permainan eksklusif PS4 ini akan didalam bentuk remaster untuk PS5.

Namun berita buruknya, permainan tersebut tidak akan mendapat tawaran naik taraf dari versi PS4 ke PS5 secara percuma. Maka ini adalah sebuah keluaran yang berbeza, kerana ianya mempunyai senarai trofi yang berbeza juga.

Banyak soalan dilontarkan oleh peminat kepada akaun rasmi Twitter Insomniac Games mengenai penerbitan Marvel’s Spider-Man Remaster didalam bentuk fizikal, namun ianya disahkan bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku.

Mengikut dari kenyataan dibuat oleh wakil Sony kepada Kotaku, berikut adalah maklumat lebih lanjut mengenai Marvel’s Spider-Man Remastered:

  • Ianya adalah sebahagian dari pakej Marvel’s Spider-Man: Miles Morales Ultimate Edition.
  • Tiada rancangan untuk penerbitan secara asing
  • Anda masih boleh mainkan Marvel’s Spider-Man untuk PS4 didalam konsol PS5 melalui keserasian belakang.
  • Pemilik Marvel’s Spider-Man: Miles Morales (PS4 dan PS5) boleh naik taraf ke Ultimate Edition untuk mendapatkan Marvel’s Spider-Man Remastered, namun dengan kos tambahan.
  • Spider-Man: Miles Morales versi PS4 boleh dinaiktarafkan ke PS5 secara percuma.

Maka situasi ini agak pelik dimana versi remaster tidak boleh dibeli secara terus dan hanya untuk setiap pembelian dari permainan Spider-Man baharu, Miles Morales, dan ianya hanya boleh dibeli melalui versi paling mahal.

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, bakal hadir sebagai permainan pelancaran bersama PS5 pada 12 November ini. Ianya juga turut hadir ke konsol PS4.

Sumber: PlayStation Lifestyle, Kotaku, melalui Gamer Matters.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -