Mass Effect: Andromeda Mendapat Markah Reviu Yang Pelbagai Dari Pengkritik

Now Reading
Mass Effect: Andromeda Mendapat Markah Reviu Yang Pelbagai Dari Pengkritik

Mass Effect boleh mula dimainkan pada esok (21hb Mac) bagi sesiapa yang membelinya secara digital. Manakala didalam bentuk fizikal kemungkinan lebih lambat atas sebab durasi penghantaran. Namun, seperti biasa, pengkritik dan laman web reviu permainan video terkenal akan mendapat unit reviu lebih awal dari tarikh pelancaran dan kebanyakan mereka telahpun memberi kata putus mereka tentang permainan ini.

Kebanyakan adalah bercampur aduk antara tinggi sehingga ke markah sederhana seperti dibawah:

AMARAN: Reviu-reviu dibawah kebanyakannya mempunyai spoiler.

Gamespot – 6/10

Ditulis oleh Scott, beliau banyak menyentuh kepada isi kandungan permainan ini yang besar namun tidak digunakan atau menyampai kepada pemain dengan baik. Malah, karakter dan dialog semasa bermain juga agak janggal bagi beliau.

Kotaku – A Game To Get Lost In

Bagi penulis Kotaku, Hayley Williams, berpendapat bahawa permainan ini agak baik dari segi penceritaan dan plotnya. Beliau juga memberi pendapat yang sama seperti Gamespot tentang kandungan yang terlampau besar dengan frasa “bigger is not always better”. Beliau juga menyentuh kepada faktor dialog yang agak tidak teratur, salahsatunya adalah pabila karakter berdialog berkaitan dengan keadaan yang tidak dihadapi lagi pada perjalanan misi.

Press Start – 9

Berlainan pula dengan laman web dari Australia, Press Start dengan markah yang amat tinggi untuk permainan ini. Sebab utamanya adalah pengalaman bermain permainan itu sendiri, “‘penambahbaikan’ teknik perlawanan dari Mass Effect 3 adalah amat dialu-alukan sekali”, kata James Mitchell, sebagai salah satu faktor kepuasan kepada beliau.

IGN – 7.7

IGN pula memuji watak protagonis, Ryder yang mempunyai “lakonan” baik dan juga karakter yang penting kepada segala jalan penceritaan permainan ini. Teknik perlawanan juga disentuh dengan lebih bertenaga dari siri sebelumnya. Dan Stapleton juga menyentuh tentang isu-isu yang dihadapi, khususnya pada bugs dan beberapa masalah teknikal yang kecil.

Eurogamer – Probably BioWare’s Worst RPG Yet

Edwin Evans pula memberi pendapat yang agak keras dengan menyentuh pelbagai kesilapan pihak pemaju dengan permainan ini. Isi kandungan yang “berulang” dari siri yang lama, perjalanan misi yang tak berapa menarik dan juga beberapa masalah teknikal semasa bermain. Beliau juga menyatakan bahawa Andromeda adalah sebuah permainan yang amat mengecewakan, khususnya pada faktor keunikan dan kekuatan mereka sebagai sebuah permainan RPG eksplorasi angkasa.

Bagi kami ianya pelbagai dengan pendapat masing-masing dan dengan harapan ianya tidak mengecewakan peminat kelak. Nantikan artikel reviu kami di GamerMalaya versi Bahasa Inggeris.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen