Selepas acara E3 yang lepas, kini Gamescom akan membuka tirai pada bulan Ogos nanti di Jerman. Konami kini mengumumkan bahawa Metal Gear Solid V: The Phantom Pain dan Pro Evolution Soccer 2016 kini boleh dimainkan buat julung kalinya secara umum pada acara Gamescom 2015 akan datang.
The Phantom Pain akan berada dipasaran pada September ini diperkatakan akan menjadi siri game terakhir hasil daripada Hideo Kojima.
Banyak spekulasi menyatakan bahawa beliau akan meninggalkan Konami selepas pelancaran game ini sehingga pembubaran studio Kojima Productions oleh salah seorang pelakon suara Solid Snake, Akio Otsuka.

