fbpx

Metro: 2033 Percuma di Steam Hari Ini Sahaja

Game pertama dari trilogi Metro, Metro: 2033 boleh didapati di Steam percuma pada hari ini sahaja. Metro: 2033 yang diterbitkan oleh 4A Games dan Deep Silver ini diadaptasi dari novel bertajuk sama hasil tulisan Dmitry Glukhovsky. Latar belakang pasca-apokaliptik berserta jalan cerita linear yang kukuh bermakna game ini adalah salah satu klasik yang anda perlu main.

4A Games juga ada menerbitkan versi Remaster untuk M:2033 iaitu Metro: 2033 Redux dengan grafik jauh lebih baik dan mekanik permainan setara Metro Last Light yang lebih moden. Anda juga boleh dapatkan bundle Metro Redux iaitu Metro:2033 Redux dan Metro Last Light Redux dengan hanya RM19.38.

Promosi Metro:2033 percuma ini dijangka akan tamat jam 1 pagi 27 Oktober iaitu 14 jam dari tarikh artikel ini diterbitkan. Dapatkan segera sebelum terlambat.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -