Nampaknya permainan siri permainan terkenal dari Microsoft, Flight Simulator “terbang” dengan jayanya. Mereka telah buat pengumuman bahawa Micrsofot Flight Simulator (2020) telah mencapai 1 juta pemain semenjak pelancaran.
Permainan ini juga mencapai sebagai permainan terbesar yang dilancarkan untuk Xbox Game Pass For PC.
Nombor ini diambil didalam durasi dua minggu selepas pelancaran. Mungkin jumlah pemain tidak sebesar jikalau dibanding dengan permainan yang lain, namun untuk permainan yang agak niche, 1 juta memang satu jumlah yang besar.
Dari segi statistik, 26 juta penerbangan telah dibuat dengan lebih dari bilion kilometer jarak jauhnya.
Microsoft Flight Simulator (2020) membolehkan pemain terbang ke seluruh dunia dengan teknologi Azure Cloud dan Bing Maps.
Sumber: Xbox Wire melalui Gamer Matters.

