Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Monster Hunter World Beta Eksklusif Untuk PS4, Bermula Hujung Minggu Ini

46

Siap sedia untuk memburu. Capcom mengumumkan tarikh Monster Hunter World versi beta dan eksklusif untuk pemain PS4. Apa yang anda perlu adalah mempunyai langganan aktif PS Plus dan saiz storan sebanyak 5.9GB. Malah, anda boleh muat turun beta tersebut sekarang melalui PlayStation Store.

Beta ini akan bermula 10hb Disember nanti, jam 1AM dan berakhir pada 13hb Disember, 12:59AM.

Dengan versi beta ini, pemain akan mendapat akses 3 misi dengan 2 kawasan yang berbeza, Ancient Forest dan Wildspire Waste. Semua misi ini boleh dimain secara solo ataupun bersama 3 rakan secara online. 14 senjata juga diberi untuk dicuba.

Setelah pemain menyelesaikan 3 misi tersebut, pemain akan mendapat ganjaran dan ianya diberi selepas permainan tersebut dilancarkan sepenuhnya pada 26hb Januari nanti. Monster Hunter World juga akan dipasarkan untuk Xbox One dan PC.

Sumber: Capcom-Unity

Artikel Asal: Gamer Matters