Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Mortal Kombat X Untuk PS3 atau X360 Dibatalkan

67

Berita buruk buat pemilik konsol generasi lama (PS3 dan Xbox 360). Ini adalah kerana Mortal Kombat X yang sepatutnya dikeluarkan untuk platform PS3 dan X360, kini dibatalkan.

“Agar peminat faham bahawa pihak kami telah bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kualiti yang terbaik seperti platform yang sedia ada (PS4 & Xbox One).” Kata pihak Warner Bros.

“Namun kami tidak dapat memberikan kualiti tersebut kepada tahap yang memuaskan untuk PS3 dan Xbox 360. Kami ingin meminta maaf kepada peminat terhadap situasi ini.”

Katanya lagi, “jikalau anda telah membeli secara “pre-order”, anda boleh mendapat pulangan wang semula daripada kedai yang anda beli sebelum ini.”