Salah satu titik jualan Gran Turismo Sport adalah memfokuskan kepada perlumbaan secara atas talian dan juga kebolehan membuat liga perlumbaan bersama pelumba yang lain. Malah, pemain GT Sport juga berpeluang untuk menyenaraikan nama mereka didalam papan tangga FIA. Setelah beberapa bulan dari tarikh pelancaran asal, akhirnya Polyphony Digital membawakan fungsi tersebut secara langsung.
Seperti yang diumumkan melalui Playstation Blog, FIA Gran Turismo Championship akan bermula secara rasmi pada hari ini, dan ianya akan dibahagikan melalui dua jenis perlumbaan, Nations Cup dan juga Manufacturer Series. Perlumbaan ini juga akan disertai oleh tiga benua, iaitu Amerika, EMEA (Eropah, Afrika dan Asia Tengah) dan juga Asia Pasifik (termasuk Australia dan New Zealand).
Acara ini akan dibawakan dengan lebih serius, maka dijangka banyak penglibatan pemain hebat esukan akan bertanding untuk pusingan kelayakan sehinggalah ke pusingan akhir kelak.
Pemenang untuk perlumbaan ini akan dijemput hadir ke malam gala FIA pada bulan Disember ini untuk acara penghargaan. Malah, pelumba profesional terkenal juga turut serta hadir untuk acara yang sama.
Artikel ini diterjemahkan dari artikel asal, Gamer Matters.