N++, sebuah game indie yang pernah popular pada platform Nintendo DS sebelum ini dan akan dilancarkan untuk platform PS4. Metanet Software selaku pihak studio pembina menyatakan bahawa N++ untuk PS4 akan membawakan isi kandungan yang agak besar dengan beberapa ribu paras misi yang unik dan banyak lagi kandungan-kandungan yang lain.
Setakat ini, game ini hanya untuk pasaran Amerika Utara dan Eropah pada tarikh 28hb Julai. Sony kini menyatakan bahawa pra-pembelian akan mendapat 20% diskaun untuk game ini. Lihat video dibawah untuk maklumat lanjut.

