Need For Speed Payback – Penerangan Penuh Mengenai Speed Cards

Now Reading
Need For Speed Payback – Penerangan Penuh Mengenai Speed Cards

Need For Speed Payback memperkenalkan sistem baharu mereka untuk menaiktaraf prestasi kereta pemain. Sistem yang hampir sama dengan The Crew ini adalah dikenali sebagai Speed Cards. Persamaan yang dinyatakan adalah sistem yang menggunakan kad untuk setiap alat ganti kereta, namun Payback mempunyai pilihan kepada pemain dengan pendekatan konsep RPG.

Berikut adalah butiran mengenai sistem ini dan ianya agak rumit bagi kami.

Pertama, setiap kereta mempunyai 6 slot berbeza- enjin, blok, ECU, turbo, ekzos dan juga kotak gear. Setiap Speed Card mempunyai tahap tersendiri, jenama dan juga 3 perks yang lain. Naiktaraf kereta boleh dibuat dari satu perlumbaan dan perlumbaan yang lain, dan ianya mempunyai tahap bermula dari 100 sehingga 399. Setiap kereta mempunyai 6 jenis kategori yang akan memberi kesan terhadap kereta- kelajuan tertinggi, pecutan, nitro, brek dan kebolehan untuk melompat.

Secara umumnya, kebanyakan Speed Card akan memberi kesan kepada kelajuan tertinggi dan pecutan berdasarkan dari nombor tahap pada setiap kad. Kad ini akan didatangkan dengan jenama tersendiri, maka pemain akan mendapat bonus ekstra jikalau 3-6 kad adalah dari jenama yang sama.

Perks akan membuatkan Speed Card pemain lebih istimewa. Dari kad yang tidak mempunyai perks sehingga tiga perks, ianya akan merangsangkan naik taraf untuk sesetengah kategori. Perks boleh digunakan didalam kategori sehingga 6 kali.

Berikut adalah perks yang akan didapati:

Chidori (merah jambu): Pecutan, Brek

Nextech (biru): Kelajuan Tertinggi, Brek

Carbon (hijau): Pecutan, Kebolehan Untuk Melompat

Outlaw (oren): Kelajuan Tertinggi, Nitro

Americana (merah): Nitro, Kebolehan Untuk Melompat

Stock (kelabu): Tiada bonus

Namun, untuk mendapatkan Speed Card tidaklah mudah yang disangka. Sama ada dari kemenangan selepas berlumba, ataupun membeli dari kedai-kedai di Fortune Valley. Stock untuk setiap kedai adalah sama dan akan dikemaskini pada setiap 10 minit.

Cara yang lain adalah dengan niagakan Speed Card yang juga melalui mesin slot. Menjual Speed Card akan mengenakan pemain Part Token dan pemain perlu menggunakan mesin slot sebanyak tiga kali. Pemain boleh pilih sama ada jenis kad, jenama ataupun perks sebelum menggunakan slot tersebut. Part Tokens juga boleh diperoleh melalui penghantara biasa atau premium (konsep “loot boxes”).

Konsep RPG didalam permainan perlumbaan ini adalah dari Need For Speed Underground lagi dan ianya adalah sebuah idea yang bagus. Namun melalui Payback, ianya agak samar dan membangkitkan pelbagai isu.

Didalam Payback, setiap perlumbaan adalah didalam misi utama, maka menaiktarafkan kereta untuk mencapai tahap diperlukan agak mendadak. Maka pemain perlu berlumba semula dari misi sebelumnya untuk mendapat kad yang boleh memanfaatkan pemain untuk menaiktaraf dan mula bermain misi yang seterusnya.

Satu lagi masalah mengenai sistem Speed Card ini adalah setiap kad hanya boleh digunakan pada satu kereta sahaja. Maka pemain tidak boleh simpan kad yang diperoleh sebelumnya kepada kereta yang baharu. Malah, alat ganti dijual di kedai juga hanya terhad kepada tahap kereta yang dibawa, maka hanya satu atau dua sahaja yang boleh membantu untuk menaiktaraf dan tahap kereta itu.

Dengan sistem ini, siap sedia untuk melaburkan Part Token untuk isu diatas.

Reviu penuh Need For Speed Payback akan hadir kelak.

Artikel Asal: Gamer Matters

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen