fbpx

NFS Heat, Dragon Age Dan Beberapa Permainan EA Tersedia Di Steam

EA (Electronic Arts) yang sebelum ini membuat keputusan untuk tidak fokus kepada Steam kini kembali dengan beberapa senarai permainan baharu mereka. Berikutan dari kerjasama antara EA dan Valve dari tahun lepas, kita telahpun lihat kembalinya EA dengan pelancaran permainan Star Wars Jedi: Fallen Order didalam platform tersebut.

Namun kali ini, EA menyajikan lebih banyak permainan lama dan baharu boleh dibeli didalam Steam yang sebelumnya hanya disediakan di platform mereka sendiri, Origin. EA juga berkata, mereka akan membawakan permainan akan datang yang tersedia boleh dibeli di Steam dan juga platform-platform yang lain.

Berikut adalah beberapa senarai permainan yang anda boleh lihat, sesetengahnya sedang mendapat diskaun:

  • Command & Conquer Remastered Collection – RM 79.00
  • Need For Speed Heat Deluxe Edition – RM 119.60 (Diskaun 60%)
  • Plants VS. Zombies: Battle For Neighborville – RM 99.60 (Diskaun 60%)
  • Dragon Age Inquisition – RM 79.50 (Diskaun 50%)
  • Crysis 3 – RM39.27 (Diskaun 67%)

EA juga mengumumkan program langganan EA Access bakal hadir ke Steam dalam masa terdekat. Program langganan ini akan memberi kelebihan tambahan kepada pengguna seperti permainan percuma dan promosi eksklusif.

Untuk senarai permainan EA di Steam, anda boleh lihatnya disini.

Berkaitan

- Iklan -

Komen