fbpx

NFS Payback Dan Vampyr Adalah Permainan Percuma PS Plus Bulan Oktober

Seperti biasa buat pelanggan premium PS Plus, Sony membuat pengumuman untuk permainan percuma yang boleh dimainkan selagi langganan aktif.

Permainan yang pertama adalah NFS Payback, sebuah permainan dari EA yang agak kontroversi dengan sistem kadnya, namun ianya masih membawa elemen keseronokkan kepada pemain. Semestinya, Heat adalah 10 kali lebih baik, namun Payback bagi kami, ada keunikannya yang patut anda cuba.

Bulan Oktober juga adalah bulan yang “menakutkan” dengan pesta Halloween, maka, Vampyr adalah permainan percuma kedua didalam koleksi Oktober. Ianya adalah sebuah aksi-RPG yang diletakkan di London pada tahun 1900-an. Karakter sebagai vampire, anda perlu membaham manusia untuk kekal hidup.

Ini adalah bulan yang unik, kerana ianya berkemungkinan satu bulan yang terakhir sebelum konsep pemberian permainan percuma yang biasa bakal ditukarkan kepada konsep PlayStation Plus Collection pada bulan November nanti.

Kedua-dua permainan ini boleh mula dimuat turun pada 6hb Oktober, dan kekal milik anda selagi langganan PS Plus aktif.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -