fbpx

Ni no Kuni II: Revenant Kingdom Akan Hadir Ke Platform PC

Ni no Kuni adalah salah satu permainan video yang berkonsep J-RPG dan agak terkenal semasa era konsol PlayStation 3 yang lalu. Dilancarkan semenjak tahun 2011 untuk siri asalnya, Bandai Namco akhirnya mengumumkan sekuel kepada permainan ini, Ni no Kuni II: REVENANT KINGDOM semasa acara PSX 2015 dua tahun yang lalu. Bandai Namco juga memaparkan video trailer pertama kalinya kepada umum pada PSX 2016 bulan lepas seperti dibawah:

Lagi satu berita baik diberikan adalah Bandai Namco dan Level-5 akan membawakan permainan ini kepada platform PC buat julungkalinya. Ini amat menarik atas siri sebelumnya hanya untuk platform PS3 dan Nintendo DS sahaja.

Tarikh pelancaran masih lagi tidak diketahui, namun kedua-dua versi platform PS4 dan PC akan dilancarkan pada tarikh yang sama dan dijadualkan pada tahun ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -