Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Nier: Automata Akan Dipasarkan Ke Xbox Bulan Ini

Karya hebat Yoko Taro akhirnya ke platform Microsoft

15

Permainan yang pernah dipilih sebagai Game Of The Year untuk 2017, Nier: Automata akhirnya akan mula dipasarkan ke platform Xbox One berikutan kesilapan Square Enix sendiri dengan memuat naik maklumat berikut secara tidak sengaja, sebelum ianya dipadam.

Permainan in tidak akan dijual didalam bentuk fizikal, maka hanya versi Digital bersama dengan DLC akan dipasarkan seperti:

  • Grimoire Weiss Pod
  • Retro Red Pod Skin
  • Retro Grey Pod Skin
  • Cardboard Pod Skin
  • Aksesori The Machine Lifeform Mask
  • Dan DLC expansion untunk 3C3C1D119440927.

Permainan ini akan mula dibuka untuk penempahan melalui Microsoft Store pada rangka harga USD$ 49.99 (hampir RM200), dan masih lagi jauh murah dari harga jualan Steam buat masa ini. Square Enix berkemungkinan besar akan menumumkan secara rasmi pada sidang media E3 mereka Selasa ini.

Sumber: RPGSite