fbpx

NieR Re[in]carnation Mendapat Video Gameplay Buat Pertama Kali

Square Enix memuat naik video gameplay pertama kali untuk permainan baharu mereka, NieR Re[in]carnation hari ini seperti dibawah:

Diumum pada Mac yang lepas, Re[in]carnation adalah sebuah permainan baharu dari Yoko Taro, khas dibangunkan oleh Applibot untuk platform mudah alih, iaitu iOS dan Android.

Selain dari permainan mudah alih ini, Square Enix juga giat dengan projek NieR Replicant, sebuah olahan semula dari siri Nier yang asal dibawa kembali ke platform PS4, PC dan Xbox One. Kedua-dua permainan diumum pada tarikh yang sama, 29hb Mac, bersempena dengan ulangtahun ke 10.

Tiada tarikh pelancaran untuk NieR Re[in]carnation setakat ini, namun maklumat lebih lanjut akan dikeluarkan mengikut dari kenyataan mereka di Twitter.

Berkaitan

- Iklan -