fbpx

NIMO Akan Mengadakan Cabaran Bintang Permainan di Malaysia 

Bermula dari 23 hingga 25 September, NIMO akan menganjurkan siaran langsung pertarungan cabaran 1V1 dengan pemain selebriti tempatan Malaysia secara dalam talian.

Peserta yang menang dalam cabaran ini akan membawa pulang hadiah wang tunai, manakala yang kalah akan menerima hukuman yang mengundang gelak tawa, menarik minat dan membuka ruang perbincangan di kalangan peminat. 

NIMO telah menjemput blogger terkenal Malaysia, Lithara, dan seorang blogger misteri untuk bertanding dalam pertarungan 1v1. Pertarungan ini akan berlangsung selama tiga malam berturut-turut, bermula pukul 7:30 hingga 8:30 malam. Selepas tiga hari pertandingan yang sengit, pemenang yang mengumpul mata terbanyak akan menerima ganjaran wang tunai yang lumayan, sementara yang kalah akan menghadapi hukuman yang kreatif.

Sepanjang acara ini, para peminat berpeluang untuk mengundi bagi penyampai kegemaran mereka dan meramalkan hasil pertandingan, serta mencuba nasib mereka untuk melihat siapa yang akan memenangi hadiah utama. Semua peminat yang mengambil bahagian dalam pengundian akan diberikan lencana pasukan penyampai, kesan kemasukan khas, dan ganjaran maya lain. Mereka juga akan berpeluang untuk bergabung dalam pasukan dalam talian dengan penyampai kegemaran mereka dan merasai keseronokan dan daya tarikan e-sukan.

Acara menarik ini adalah sebahagian daripada siri yang lebih besar di mana NIMO akan terus menjemput pelbagai pemain selebriti untuk beradu dalam pelbagai jenis permainan popular. 

Ini adalah pertandingan pertama dalam siri cabaran 1V1, dan selain daripada dua bintang pemainan NIMO juga telah menjemput beberapa KOL terkenal dalam industri permainan Malaysia untuk menyokong cabaran ini.

Sebagai tambahan, peminat yang menyelesaikan cabaran harian yang diberikan di laman web acara NIMO berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah, dengan hadiah utama termasuk telefon pintar terbaru. 

Sudah bertahun-tahun NIMO aktif dalam bidang penyiaran langsung dan pengedaran permainan, dan dengan pengalaman yang telah diperoleh, mereka kini berhasrat untuk mengadakan lebih banyak acara tempatan yang lebih beragam dan menarik, seperti pertandingan bintang, pertemuan penyampai, dan lain-lain. Platform ini juga bertujuan untuk membantu memajukan bakat pemain-pemain muda dan bersemangat di Malaysia melalui strategi dan permainan yang lebih menarik, membuka lebih banyak peluang untuk mereka mempamerkan kebolehan mereka. Dengan sumber yang luas dan pengalaman yang kaya, NIMO kini mempunyai keupayaan pemasaran yang komprehensif, termasuk merancang dan melaksanakan acara sukan, mengendalikan pengedaran permainan serta menjalankan promosi jenama, dan berhasrat untuk bekerjasama dengan lebih banyak jenama permainan untuk menggali potensi pemasaran aktiviti-aktiviti tempatan. 

Klik pautan ini untuk ganjaran acara dan maklumat lanjut.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -