Setelah selepas beberapa hari Nintendo Switch dijual, beberapa pengguna membuat aduan bahawa dock yang diberi untuk bermain kepada skrin TV menyebabkan skrin konsol itu tercalar. Pihak Nintendo telah menafikan isu ini dan tidak pernah mengalami isu ini dari mereka. Namun mengikut dari temuramah TIME bersama Reggie Fils-Aime, Presiden Nintendo Amerika Syarikat, beliau menyatakan bahawa untuk sentiasa menghubungi pihak Nintendo jikalau menghadapi isu ini.
“Itu sebabnya kami mengesyorkan kepada semua pengguna untuk terus menghubungi kami”
Kata beliau dengan menggesa pengguna sekalian menghubungi Nintendo untuk mereka memberi sokongan yang sepatutnya.
“Saya pernah menanyakan kepada pasukan saya selepas mendapat tahu isu ini. ‘Adakah kami semua pernah mengalami isu yang sama?’ Jawapan yang diberi dari mereka adalah tidak.”
Katanya lagi mengenai penafian pasukan Nintendo sama ada mereka menghadapi isu yang sama seperti dilaporkan oleh kebanyakan pengguna.
Walaupun isu ini hanya kepada beberapa pengguna sahaja, namun inisiatif pihak Nintendo untuk membantu atas dasar polisi pelanggan mereka harus dipuji.
Bagaiamana pula dengan anda? Adakah anda mengalami masalah yang sama?