Semalam, industri gaming khususnya di Jepun mendapat berita yang agak mengejutkan tentang ura-ura bahawa Nintendo akan menghentikan produksi konsol Wii U mereka atas sebab prestasi jualannya yang mengecewakan. Ura-ura ini terjadi atas sebab sebuah badan berita dari Jepun, Nikkei mengeluarkan laporan tersebut.
Namun, setelah beberapa pihak menghubungi Nintendo, akhirnya kenyataan rasmi menyatakan bahawa laporan tersebut adalah tidak benar.
Nintendo juga menyatakan bahawa mereka masih lagi terus dengan produksi dan penghantaran seperti biasa, namun konsol tersebut kini mempunyai kekurangan stok atas sebab permintaan yang tinggi yang diberi impak oleh game seperti Splatoon dan Super Mario Maker.
Mengikut dari Nintendo Enthusiast, Nintendo akan mengeluarkan laporan jualan tahunan mereka pada 27hb April ini dan berkemungkinan jualan Wii U sedikit sebanyak menyumbang kepada keuntungan syarikat tersebut.
Maka apakah reaksi anda tentang isu Wii U ini? Adakah kekurangan stok atas sebab Nintendo ingin memfokuskan kepada projek Nintendo NX mereka? Ulaskan pendapat anda di bahagian komen dibawah.