Permainan video yang pasti kalah mati buat pemain, Nioh, akan hadir ke platform PC. Team Ninja, pemaju permainan ini membuat pengumuman tersebut selepas pelancarannya di platform PlayStation 4, pada 9 bulan yang lepas.
Complete Edition akan didatangkan dengan semua DLC seperti Dragon Of The North, Defiant Horror dan juga DLC terbaharu, Bloodshed’s End.
Menariknya, saiz storan diperlukan adalah sebesar 100GB.
Nioh sebenarnya adalah sebuah permainan yang telah lama dibina, semenjak tarikh pengumumannya pada tahun 2004 untuk PS3 secara eksklusif. Namun setelah menerima banyak pendapat positif dari pihak umum, Nioh akhirnya siap dan mula dijual pada bulan Februari lepas.
Tarikh penjualan untuk Nioh: Complete Edition adalah pada 7hb November, namun harga masih belum ditetapkan. Untuk pengguna PC, anda boleh layari halaman Steam mereka. Ianya juga akan dijual pada platform PS4.
Artikel ini dipetik oleh Gamer Matters