Nvidia, syarikat terkenal khususnya untuk kad grafik PC diperkatakan ingin melancarkan servis langganan premium yang berbayar, bernama Club GeForce Elite. Dengan kos langganan USD $10 sebulan, pelanggan akan mendapat status “Elite” dengan pelbagai kelebihan dan kandungan diberi.
Kelebihan seperti permainan video percuma (4x jenis permainan setiap suku tahun), langganan GeForce PC Cloud secara percuma, kandungan eksklusif ekstra seperti skins didalam permainan video dan juga GeForce Gear.
Setakat ini tiada maklumat rasmi diberikan oleh Nvidia.