Barangkali sesuatu yang sangat dinantikan oleh para peminat, Nvidia telah pun mengumumkan secara rasmi siri GPU GeForce mereka yang terbaharu dalam keluarga Pascal. Pada 7 Mei lalu (6 Mei waktu US), Nvidia telah mengacarakan majlis pengumuman Pascal di Austin, Texas. 2 GPU terbaharu yang telah diumumkan adalah GTX 1080 dan GTX 1070.
Kedua-dua GPU ini dihasilkan menggunakan GPU GP104 menggunakan nod process 16nm, iaitu saiz nod yang masih baharu digunapakai untuk pengeluaran GPU. Antara kejutan dari Nvidia berkenaan GTX 1080 dan GTX1070 dengan menggunakan nod 16nm ialah, kepantasan melampaui Titan X. Nampaknya Titan X iaitu GPU terpantas keluaran Nvidia untuk siri Maxwell telah pun dinyahtakhtakan oleh Pascal. Walaupun dengan kepantasan 2 kali ganda berbanding Titan X, penggunaan tenaga juga 3 kali lebih jimat. Ini adalah dakwaan yang sangat berani oleh Nvidia dan kita perlu menunggu benchmark rasmi untuk mengesahkan dakwaan mereka.
GTX 1080:
- GPU: GP104-400 16nm
- Teras CUDA: 2560
- Memori: 8GB GDDR5X
- Clock: 1607 MHz (base) 1733 MHz (boost)
- Saluran memori: 256-bit
- TDP 180W
- Harga: US$599, US$699 untuk versi Founder’s Edition
GTX 1070:
- GPU: GP104-200 16nm
- Teras CUDA: 2048
- Memori: 8GB GDDR5
- Saluran memori: 256-bit
- Harga: US$379, US$499 untuk versi Founder’s Edition
Mengikut spesifikasi, GTX 1080 juga adalah GPU pertama menggunakan memori GDDR5X terbaharu dari Micron. GDDR5X mampu beroperasi dengan clock lebih tinggi berbanding GDDR5 membolehkan lebar jalur yang lebih besar dalam saluran memori 256-bit. GTX 1070 pula masih lagi belum diketahui spesifikasi penuh tetapi Nvidia meyakinkan bahawa ia juga lebih pantas berbanding Titan X.
Dengan pengumuman siri Pascal untuk Geforce. Nvidia mengukuhkan lagi pasaran mereka dalam kad grafik PC untuk gamers dan ‘enthusiasts’ yang berpoket luas.
Nota penulis: Nvidia sekarang fokus untuk high-end. AMD akan fokus untuk mainstream dan Vega akan jadi jawapan untuk high-end dari AMD. Kita tunggu dan lihat.