Sebelum ini, banyak peminat gembira dan meraikan pengumuman EA tentang ketiadaan “online-only” untuk permainan Need For Speed Payback. Namun, dengan pembuangan keperluan tersebut, salah satu kandungan menarik juga turut serta hilang, online free roam. Kadangkala ianya agak seronok untuk berlumba atau memandu bersama, malah membuat sesi Teh Tarik Session bersama dengan pemain lain semasa berlegar didunia Payback ini.
Satu tweet melalui akaun rasmi Twitter Need For Speed mengumumkan kandungan ini akan kembali semula kepada pemain atas permintaan ramai. Dan ianya akan diberi secara percuma.
Online Free Roam coming 2018, Happy New Year from everyone at Need for Speed! 🎆 pic.twitter.com/Ht8cRsvQQA
— Need for Speed (@NeedforSpeed) January 1, 2018
Free to everyone.
— Need for Speed (@NeedforSpeed) January 1, 2018
Ini menunjukkan permainan ini masih lagi disokong oleh pihak pemaju. Selain dari itu, kandungan DLC pertama diberi melalui kemaskini Speedcross, dan akan memberi beberapa model kereta yang sepatutnya akan ada didalam permainan ini secara asalnya, didalam pek kandungan Abandoned Cars.
Jikalau anda masih ragu-ragu dengan Payback, mungkin anda boleh baca reviu penuh kami disini(Bahasa Inggeris).
Artikel Asal: Gamer Matters