fbpx

Overwatch Mencatatkan Jualan Sebanyak USD $269 Juta Hanya Untuk Versi Digital

SuperData, sebuah badan yang membuat kajian industri gaming telah mengeluarkan data jualan Overwatch untuk versi digital.

Mengikut dari data analisa yang dikeluarkan, ternyata Overwatch, sebuah game dari Blizzard mendapat rekod dengan jualan sebanyak USD $269 Juta hanya untuk versi digital pada bulan May.

Statistik ini adalah gabungan dari semua platform seperti PC, PlayStation 4 dan Xbox One. Mengikut dari VG247, statistik ini juga sedikit sebanyak memberi sumbangan pada peningkatan jualan pada game platform PC sebanyak 8%.

Overwatch juga mendapat tempat ke lima sebagai game yang digemari untuk platform streaming seperti Twitch dan Youtube.

Berikut adalah 5 game terjual paling banyak pada bulan lepas untuk platform konsol:

  1. Uncharted 4: Thief’s End
  2. Call of Duty: Black Ops 3
  3. FIFA 16 Electronic Arts
  4. The Division
  5. Overwatch

Secara purata, jualan game secara digital meningkat pada 11% dengan jumlah lebih dari USD $6 bilion untuk bulan May.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -