Setelah dinantikan selama beberapa hari, varian Competitive untuk 6v6 Eliminations secara rasminya boleh dimainkan. Blizzard bereksperimen dengan varian Competitive untuk mod-mod arked bermula dengan Lucioball untuk event Summer Games dan Capture the Flag untuk event Lunar New Year. Bagi event Archives, 6v6 Eliminations pula menjadi tumpuan.
Bagi Competitive 6v6 Eliminations ini pula, mod Lockout akan digunapakai. Lockout bermaksud bagi setiap pusingan, karakter pilihan pasukan pemenang pusingan sebelumnya akan dikunci dari akses pemenang.
Seperti mod Competitive lain, mata Competitive akan diberikan buat pemenang dan ranking pemain akan dinilai dari Bronze ke Grandmaster. Jika anda ranking rendah seperti Bronze-Plat di mod Competitive standard, cubalah, mungkin anda sebenarnya Grandmaster 6v6. Competitive 6v6 boleh mula diakses di tab Arcade hari ini.