Selepas beberapa maklumat bocor dan “teaser” dari Blizzard, acara Uprising untuk Overwatch kini secara rasminya diumumkan akan kembali. Seperti biasa, mod PvE bagi versi tahun lalu boleh dimainkan lagi, dalam kes ini mod Uprising bersama Tracer, Reinhardt, Torbjörn dan Mercy dan juga versi alternatif bersama semua watak.
Bagi Uprising tahun ini, misi PvE baharu dinamakan Retribution diperkenalkan. Menyambung kisah lama kegemilangan Overwatch tetapi dari sudut pandang pasukan rahsia Overwatch iaitu Blackwatch, pemain bakal menghidupkan semula babak Reyes (Reaper), Genji, McCree dan Moira dalam pencarian pegawai atasan organisasi Talon. Musuh-musuh AI baharu berupa tentera elit juga bakal diperkenalkan untuk memberi lebih cabaran. Retribution akan dimainkan di peta baharu Rialto di Venice yang bakal dimasukkan sebagai peta mod Escort selepas Uprising berakhir.
Seperti biasa, “skin” Uprising dari tahun lalu boleh diperoleh semula berserta “skin” baharu yang buat masa ini hanya Moira sahaja yang dikenalpasti.
Uprising dan Retribution akan berlangsung dari 11 April (waktu Malaysia) hingga 1 April di PC, PS4 dan Xbox One.