fbpx

Pabila Pakar Tetris Bermain Tetris Effect, Apa Yang Akan Terjadi?

Tetris Effect baru sahaja diumum sebelum acara E3 2018 bermula, dan ianya memeranjatkan banyak pihak. Permainan yang dibina oleh Tetsuya Mizuguchk dengan pasukan beliau di Enhance, permainan ini akan membawakan pengalaman Tetris yang klasik namun dengan pendekatan yang berbeza seperti visual dan audio yang lebih menarik juga futuristik.

Sepertimana yang kita ketahui tentang mekanik baharu Tetris Effect, namun sejauh manakah permainan ini akan “ngam” dengan pemain yang sudah pakar Tetris klasik? YouTuber, Nick Robinson sempat mendapatkan pemain Tetris profesional, Trey Harrison untuk mencuba permainan tersebut, termasuklah versi VR. Harrison telahpun bertanding didalam peringkat profesional semenjak tahun 80-an, dimana Nintendo World Championship amat terkenal pada era tersebut. Beliau menyertai Classic Tetris World Championship, dimana menggunakan konsol NES untuk bertanding.

Menariknya Harrison tidak pernah menggunakan PS4, apatah lagi alat kawalannya mahupun VR. Maka ini adalah cabaran yang terbaik buat beliau sebagai pemain Tetris.

Lihat video tersebut dibawah:

Mengikut dari video diatas, walaupun beliau mempunyai kesukaran pada permulaan, namun Harrison dapat menyesuaikan dirinya dengan permainan tersebut.

Apa yang lebih menarik adalah respon skrin PS VR yang lebih tinggi, iaitu pada paras 120Hz, semestinya lebih pantas jikalau dibandingkan dengan skrin TV tradisional, namun beliau masih mampu menyesuaikan diri beliau selain dari faktor konsol dan alat kawalan baharu bagi beliau.

Tetris Effect akan mula dmula dipasarkan pada PS4 dan PS VR tahun ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -