Battle Royale sentiasa hadir untuk mengekalkan tren yang sedia ada didalam industri ini. Satu lagi permainan akan menyertai tren tersebut, iaitu Paladins, sebuah permainan dibina oleh Hi-Rez Studios’.
Paladins adalah sebuah permainan yang telahpun dilancarkan pada tahun 2016, sebaik selepas Overwatch berada dipasaran, maka banyak pendapat memanggil permainan ini adalah klon kepada Overwatch. Pihak pemaju cuba untuk membezakannya, akhirnya permainan yang boleh dimainkan secara percuma itu mencapai matlamat mereka dengan genre niche mereka sendiri.
Pemaju mengumumkan mod baharu ini yang akan dinamakan Battlegrounds seperti video dibawah:
Diumumkan di Hi-Rez Expo 2018, Battlegrounds (nama yang jelas sama dengan PUBG) adalah sebuah konsep Battle Royale dimana 100 pemain didalam sebuah lokasi yang besar bertempur sehingga pemain terakhir dinobatkan sebagai pemenang.
Perbezaannya adalah pemain bermain sebagai karakter hero mereka sendiri dengan beberapa kebolehan spesifik masing-masing. Mount System juga akan dibawakan pada mod ini seperti diperlihat didalam video trailer diatas.
Erez Goren, CEO kepada Hi-Rez Studios tidak percaya kepada falsafah “pemikiran yang tulen dan kreatif”, seperti dinyatakan melalui PCGamesN.
Bagi kami, mengambil idea dari permainan lain sebagai inspirasi, tidaklah sesuatu yang baru, namun permainan dari Hi-Rez agak ternyata lagi jelas tentang mengambil faktor permainan lain secara terang-terang, seperti mod Battlegrounds ini.
Namun, kami puji atas dedikasi mereka untuk menambahkan kandungan baharu pada permainan percuma mereka.
Artikel Asal: Gamer Matters