fbpx

Pandang Pertama – NieR:Automata Versi Demo

ebagai persediaan untuk pelancaran permainan RPG-pasca perperangan pada bulan Mac nanti, Square Enix dan PlatinumGames memberi peluang kepada pemain dengan muat turun secara percuma untuk NieR:Automata versi demo melalui PlayStation 4 sekarang.

Automata adalah sekuel dari siri asal Nier, yang pernah dipasarkan pada tahun 2010. Walaupun Nier (Siri asal) melalui pelancaran yang agak buruk, Pengarah, Taro Yoko dan Penerbit, Yosuke Saito inginkan sekuel kepada permainan tersebut untuk meneruskan legasi siri permainan video ini. Selepas pengumuman NieR:Automata buat pertama kali pada tahun 2015 di E3 oleh Square Enix, akhirnya pihak studio mengeluarkan versi demo untuk pemain mengalami permainan ini.

Kami juga sempat mencuba permainan ini dan berikut adalah rangkuman pandang pertama kami terhadap NieR:Automata versi demo:

Grafik & Kualiti Permainan

Bagi kami, kualiti grafiknya agak sederhana namun masih lagi memberangsangkan. Pelbagai elemen menarik diberikan seperti letupan, pencahayaan dan juga suasana pasca perperangan memberikan pengalaman yang agak menarik buat pemain. Berkonsepkan 2D bersama 3D, PlatinumGames agak cemerlang dengan menentukan sesetengah kawasan didalam tiga dimensi (3D), manakala sesetengahnya seperti dikawasan arena didalam dua dimensi (2D).

Teknik perlawanan amatlah menarik, dengan konsep “hack-slash” melalui pedang kepada musuh robot yang ramai, pemain perlu berlawan dengan pengaturan masa sempurna. Maksudnya? Pemain tidak boleh menahan diri semasa berlawan, sama ada memakai pedang, ataupun menembak melalui teman robot yang dibawa ataupun mengelak dari serangan musuh adalah cara-cara yang diberi untuk menempuh segala cabaran.

Berlawan dengan boss atau mini boss yang agak besar dan ganas membuatkan pengalaman bermain kami lebih menyeronokkan dan kami hargai terhadap pengalaman bermain tersebut. Lakaran karakter dan karakter sampingan agak unik dan cantik. Kami tidak sabar untuk melihat sama ada Square Enix ingin memasarkan permainan ini dengan figura khas melalui Play Arts Kai yang berkualiti tinggi seperti siri Final Fantasy XV. (Lihat juga reviu kami mengenai Final Fantasy XV)

Kualiti grafik antara PlayStation 4 dan PlayStation 4 Pro tidak mempunyai banyak perbezaan. Apa yang ketara adalah resolusi yang lebih tinggi dan elemen kecil tambahan melalui dari video dibawah:

- Iklan -

Kandungan & Jalan Cerita

Karakter utama adalah YoRHa No.2 Type B, ataupun dikenali sebagai 2B adalah sebuah android yang dimana pemain perlu mengawalnya didalam versi demo ini. Karakter sampingan selaku “scanner” adalah YoRHa No.9 Type S (9S) membantu 2B didalam misi pencarian musuh yang terletak di kawasan kilang yang ditinggalkan. Walaupun durasi versi demo ini hanyalah selama hampir 30 minit sahaja, binaan karakter amatlah baik, khususnya antara 2B dan 9S dimana mereka saling berkomunikasi bersama melalui alat komunikasinya sendiri.

Pelbagai musuh juga disediakan, sama ada berjalan dan menentang pemain melalui cara klasik dengan memukul pemain, menembak mahupun musuh yang mampu terbang untuk dilawan. Pemain juga diberi “G” sebuah matawang dalam permainan daripada musuh yang dikalahkan. Dengan menggunakan G ini, pemain boleh menaiktaraf karakter dengan pelbagai fungsi dan juga menaiktaraf senjata pemain. Namun tidak banyak boleh dibuat atas dasar versi demo diberikan.

Apa yang menariknya, muzik yang dipilih oleh PlatinumGames amat cemerlang sekali dan kena dengan konsep permainan ini. Harap kualiti muzik ini lebih banyak diberi didalam versi penuh nanti.

Kesimpulan

Bagi kami NieR:Automata mempunyai potensi yang besar untuk menyediakan sejenis permainan video yang agak menyeronokkan kepada pemain. Walaupun kualiti grafiknya tidaklah ditahap membanggakan, namun kualiti permainan lebih penting dan ianya mampu memberi penyampaian yang positif kepada kami semasa hampir 30 minit bermain. PlatinumGames mempunyai rekod yang agak positif dari permainan video mereka sebelumnya seperti Bayonetta dan Metal Gear Rising: Revengeance. Maka kami berharap NieR:Automata akan mencapai kualiti sama, malah lebih dari siri asalnya dan permainan yang mereka buat sebelum ini.

NieR:Automata akan mula dipasarkan pada 7hb Mac ini untuk PlayStation 4 dan platform PC akan dipasarkan kemudian pada tarikh yang akan diumumkan kelak.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -